Cinta Mungkin Akan Datang Bila Kita Sunyi Dan Sendiri





ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang semua readers. Sudah lama Apis tidak mencoretkan apa-apa di blog ini. Siapa rindukan Apis ? cepat angkat tangan. Mesti tiadakan, sedihnya hihihi. Sudah lama tidak bersua, sudah pasti banyak cerita yang ingin di ceritakan. First of all, Apis nak tanya, apa yang korang faham dari ayat ini " CINTA BUKAN TENTANG BERAPA LAMA KAMU TELAH MENGENALI SESEORANG, TETAPI TENGTANG SESEORANG YANG MEMBUAT MU TERSENYUM SEJAK KAMU MENGENALINYA " ok guys, apa yang anda dapat dari ayat ini ? Adakah anda faham apakah erti sebenar yang terkandung dalam ayat itu atau anda tidak faham apa-apa ? hihihi. Mari sini Apis terangkan maksud ayat itu ok, dia macam ini cinta itu kadang-kala susah untuk ditafsirkan. Ada yang cintakan seseorang itu berdasarkan RUPA, HARTA BENDA, dan yang lebih teruk lagi jika seseorang itu bercinta kerana NAFSU. Huh sungguh tidak diduga, Apis harap Apis serta anda semua dijauhkan la dari cinta yang sebegini rupa. Maksud ayat itu ialah jika kamu ingin mencari seseorang untuk dicintai, carilah seseorang yang selalu membuatmu tersenyum, maksudnya disini ialah jika anda mencari pasangan anda yang selalu membuat anda tersenyum sudah pasti hari-hari anda akan dihiasi dengan gelak tawa. Mesti indah dan sweet bukan :D jika pasangan anda terlalu SERIUS sudah pasti hubungan itu terasa macam " BOSAN GILA DENGAN MAMAT NI, MENYESAL AKU KENAL DIA " sound like that la haha.


Bukan apa kadang-kala terlalu serius juga tak best sebab dia boleh MEMATIKAN MOOD seseorang. Anyone agree with me :D yeahh macam kita dah plan date, tiba-tiba pasangan kita datang, kena pulak masa tu mood dia macam haremmm memang kena la ceritanya haha. Tidak salah nak SERIUS tapi biarlah bertempat. Hidup ini sebenarnya perlukan senyuman, gelak tawa dan kegembiraan, barulah namanya kehidupan yang indah :D  cukup sudah ulasan pasal ayat tadi ok, now kita ke isu yang seterusnya iaitu..... jeng jeng haha ..... awak, awak nak tanya ini, apa yang awak faham tentang " CINTA " jika ditanya budak sekolah tadika, " maaf bang, saya kecil lagi tak pandai nak bercinta ni ". Tapi apabila ditanya budak sekolah rendah, ini jawapannya " cinta !! apa itu, yang saya tahu hanya main, main dan main. Hak bermain hak kami haha ". Tanya pula budak sekolah menengah, apa itu cinta ? mereka jawab, " cinta itulah anugerah Allah yang diberikan kepada setiap hambanya. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, Nabi dan Sunnah, cinta kepada kedua ibu bapa dan cinta kepada rakan-rakan ". Yaaa inilah erti CINTA yang sebenarnya bagi Apis la bagi orang lain Apis tidak tahu haha. Cinta itu anugerah Allah, sepatutnya kita kena hargai dan peliharanya.

Apis rasa sampai sini sahaja la coretan Apis. Nanti kalau ada masa Apis membebel lagi ok, Kepada sesiapa yang sudi baca coretan Apis ini, Apis ucapkan ribuan terima kasih :). Assalamualaikum semua :)

3 comments:

  1. cinta akan datang tergantung usaha yang kita lakukan untuk menjemputnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebaiknya cinta kepada yang maha pencipta dahulu sebelum menyerahkan kepada sesiapa kerana cinta itu juga anugerah Allah kepada kita :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
| Copyright-2011 Protected | Infinite |