"Nobody is ever "too busy", if they're interested they'll make time."

Nobody is ever "too busy", if they're interested they'll make time.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama benar rasanya meninggalkan zaman penulisan ini. Akibat masa yang aku gagal kawal, aku hampir sahaja meninggalkan hobi aku ini. Walhal memang minat aku dalam bidang penulisan ini. Mungkin idea aku telah terkubur lamanya, namun sekarang aku akan cuba gali ia kembali walau sedalam mana ia menyorok.

Entry aku kali ini, aku nak kupas isu tentang "SIBUK". "Nobody is ever "too busy", if they're interested they'll make time." Aku suka ayat ini, seseorang itu tidak terlalu sibuk, kalau dia sayang dia akan cuba cari masa. Ya, aku akui akan kebenaran ayat ini. Apa yang aku perhatikan, sekarang ramai orang yang menggunakan alasan ini, sibuk. Mereka terlalu sibuk sehingga terlupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia atau khalifah di muka bumi ini.

Terlalu sibuk mencari harta dunia, keadaan ibu bapa di kampung diabaikam. Bukan semua yang bersikap sedemikian, tapi masih ada yang sanggup berbuat demikian terhadap ibu bapanya. Walau sibuk bagaimana sekali pun, curilah sedikit masa telefon ibu bapa di kampung. Tanyakan khabar mereka. Sudah pasti dapat menggembirakan hati mereka. Bukan wang dan harta yang mereka pinta, tapi hanya kasih sayang seorang anak yang diinginkan oleh mereka. 

Ingat, walau sesibuk manapun diri kau, jangan sesekali kau abaikan orang yang menyanyangi kau. Kerna bukan semua orang dapat menyanyangi diri kita ini. Nobody is ever "too busy", if they're interested they'll make time. Assalamualaikum.

Rindu

Rindu,
Janganlah pernah hampiriku.

Sayang,
Janganlah pernah sentuh hati ini.

Sebab aku takut
Takut kalau kau pergi
Aku yang terseksa
Jiwa dan raga.

 
| Copyright-2011 Protected | Infinite |