SAHABAT

Assalamualaikum, kali ini Apis nak menulis sesuatu mengenai sahabat. Ya mengenai sahabat. Kita mungkin mempunyai ramai kawan, tetapi dalam berjuta kawan yang kita miliki itu, siapakah diantara mereka yang bergelar sahabat kepada kita. Kawan gelak ramai boleh dicari tetapi teman yang sentiasa ada saat kita berduka, siapa ?? Hayati sikit nukilan dibawah ini,


Kawan,

Mereka semua kawan aku,

Mereka semua bersama aku di masa bibirku mengukirkan tawa,

Mereka semua bersama aku di masa aku senang,

Mereka semua bersama di saat aku berlapang dada,

Tapi,

Aku pelik !

Aku musykil !

Aku keliru !

Kerana apa ?

Kerana di saat aku susah,

Aku keseorangan

Di saat aku memerlukan,

Aku keseorangan,

Di saat aku menangis,

Aku keseorangan,

Di saat aku benar-benar jatuh,

Aku dibiarkan merangkak sendirian,

Kemana semua kawan aku ?

Kemana mereka pergi ?

Pergi di saat aku memerlukan,

Pergi di saat aku tergapai-gapai,

Pergi meninggalakan aku keseorangan,

Lalu di saat aku sedang merangkak,

Sebujur manusia datang menghulurkan tangannya,

Menghulurkan tangannya untuk aku bangun,

Menghulurkan tangannya untuk aku bangkit,

Menghulurkan tangannya untuk aku meneruskan perjalan hidupku,

Bersama membantu aku kembali tersenyum,

Bersama membantu mengorak langkah,

Bersama membantu aku di saat aku kesusahan,

Ya inilah kawanku,

Merangkap sahabatku,

Menegur di saat aku salah,

Menegur untuk membetulkan kesalahanku,

Untuk bersama-sama menuju SYURGA.

Terima Kasih Sahabat.



Sekian Terima Kasih :)



Comments

Popular Posts