Kenangan 6 Rendah 1

Assalamualaikum semua. Habis berhabuk seluruh pelusuk blog ni. Nampak sangat yang dah lama tuan punya blog ni tak update apa-apakan, ishh ishh. Tajuk post kali ini Kenangan 6 Rendah 1. ( 6 Rendah 2, sorry taw, korang takda dalam kenangan ini ) hahaha. 6 Rendah 1 tahun 2012 memang terbaik, nak tahu sebab apa ? sebab kami semua macam satu keluarga yang bahagia. Susah senang selalu bersama ( pernah ke kami susah ? tak pernah rasanya ) haha. Cikgu-cikgu kami pun semuanya best gila :D tapi dahulu kami selalu gembira bersama tapi sekarang ramai rakan kami yang meninggalkan kami meneruskan pelajaran ke IPTA, tidak mengapalah rezeki mereka yang penting belajar rajin-rajin ye.

Ehh dimanakah Apis ?

Patutlah Apis tiada dalam gambar ini, sebab Apis yang snap gambar ni, haha. Lihatlah wajah-wajah keriangan dan kekenyangan mereka, Almaklumlah, gambar ini di tangkap selepas kami semua makan, patut la mereka happy je. Tambah-tambah lagi hampir kesemua perbelanjaannya ditanggung oleh sahabat kami. Tapi sayangnya dia tidak dapat bersama kami kerana dia meneruskan pelajarannya ke UPM Sarawak. Mizan terima kasih kerana belanja kami. Nanti kalau kau balik, belanja la kami lagi ye :D

Ala, dah habis ke :'(

Memang seronok time ini. Kami bergelak ketawa melupakan segala masalah yang berlaku di sekolah, hahaha. Masa yang diluangkan bersama rakan-rakan yang lain memang tidak dapat dilupakan. Walaupun sekejap, namun kenangan itu akan kekal lama dalam ingatan kita semua. Tapi tak semua dapat menghadirkan diri. Antaranya Farihin, sebab dia balik rumah. Rumah dia jauh dekat Sg Siput. Dia tak dapat makan ayam tak pa, dia boleh makan siput je haha ( Farihin sorry taw ). Izaty pulak, katanya pergi kenduri. Ala dekat kenduri tu banyak ayam kan, tak pa la haha. Untuk Farihin, Izati dan Hadri, ni Apis hadiahkan gambar kami untuk korang ok :)

Seronoknya Hasanah tengok kotak tu kosong.
Yana, kau kejam gila detik ni haha.

Semua berebut nak masuk kamera :P

Sibuk pilih ayam, tak sabar lettew hahaha :D

Syahmina dan Hasanah

Handsome and Cute :P

Syahmina, Hasanah, Yana, Noril

Kami sekeluarga di 6 Rendah 1


Setakat inilah post Apis kali ini. Apis harap korang akan seronok bila baca post ini ye. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan segala yang buruk datangnya dari kesilapan Apis sendiri. Assalamualaikum semua :')








3 comments:

 
| Copyright-2011 Protected | Infinite |