PES 5




Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Fuhhhhh !! amboi berabuknya blog apis ni. Al maklum la SPM candidatekan mana ada masa nak bermanja dengan blog ni hihih. Sayang sorry ye :) nanti apis akan selalu spend time dengan kamu ye blog selepas SPM nanti hihih. Sayang kamu sangat-sangatlah blog, muuuuaaaahhh untuk kamu hihi :D

Hari ini apis ingin berceloteh pasal team futsal apis sebab team apis ni telah memenangi pertandingan futsal antara kelas SMK. SULTAN ABDULLAH. Team ini baru sahaja ditubuhkan semperna ingin menyertai pertandingan itu sahaja :) dan nama team ini ialah PES 5. PES 5 !! pelikkan nama team kami :) PES 5 ini tertubuh hasil gabungan negeri PERAK dan negeri SELANGOR. SELANGOR ni menyibuk sebab Luqman dan Nazmi ini berasal dari negeri SELANGOR, jadi untuk memberi keadilan tertubuhlah PES 5 ini. Itulah sejarah penubuhan nama team ini.

Pertandingan futsal ini berlangsung pada hari Isnin 31/10/2011. Tetapi hanya beberapa perlawanan sahaja yang berlagsung akibat cuaca hujan yang berserta kilat, jadi pertandingan itu ditangguhkan pada keesokkan harinya. Pada keesokkannya, Selasa 01/11/2011, kami sepatutnya akan bertanding pada perlawan pertama, tetapis setelah beberapa minit menunggu, pihak lawan tidak datang mungkin gerun dengan kami kowt hihi jadi kami menang perlawan yang pertama tanpa bertanding. Selepas itu pada perlawan kedua, kami menentang team 4 Syafie dan kesudahan PES 5 menang dengan angka 3-0. Tunggu punya tunggu game kami yang ketiga  telah sampai. Pada game ketiga ini kami menentang team 5 Sina, jiran sebelah je :) kesudahan game ini hanya mampu seri sahaja.



Yang berbaju Chelsea itulah jurulatih pasukan PES 5, segak bukan orangnya :) kami menjadi juara pasukan C dan layak ke suku akhir. Pada peringkat suku akhir kami telah menentang pasukan gabungan Sina & Syafie. Tamat perlawanan keputusan seri yang dicatatkan 0-0. Jadi penentuan penalti diadakan. Kerana kecermelangan penjaga gol PES 5 pasukan kami telah layak ke separuh akhir :D dengan 3-1.PES 5 pon layaklah ke peringkat sepruh akhir dan menentang tingkatan 6 Rendah. Perlawanan yang sengit ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak dengan aksi saling menyerang. Nasib menyebelahi pasukan PES 5 kerana telah memenangi perlawanan menentang pasukan 6 Rendah hasil jaringan Hafizi. Pasukan PES 5 telah melangkah ke perlawanan akhir menentang tingkatan 4 Taimiah.



Inilah pasukan yang akan berentap pada perlawan akhir Pertandingan Futsal Antara Kelas 2011. Aksi yang saling berbalas serangan ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak membuatkan penyokong tidak berganjak dari tempat duduk mereka untuk menantikan wisel penamat. Pada perlawan akhir ini, Hafizi sekali lagi menjadi tunjang utama apabila menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, aksi bertahan ditunjukkan oleh PES 5 menyebabkan mereka sering kali diasak oleh pihak lawan, tetapi kerana kepantasan dan kecekapan penjaga gol PES 5 menepis segala asakan lawan berjaya membuatkan pasukan PES 5 merangkul kejuaraan pada tahun ini. Perlawan akhir ini berkesudahan dengan 2-0.

















Ini adalah sedikit gambar pada perlawan akhir itu. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA :)








Comments

Popular Posts