Erti Kehidupan


Kehidupan. Satu perkataan yang membawa seribu satu erti makna yang mendalam. Kehidupan itu tak ubah seperti roda, kadang ia berada di atas dan kadang ia berada di bawah. Ada kehidupan yang menjanjikan kebahagiaan, dan ada kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan ujian. Seorang insan yang bergelar manusia perlu berpijak di bumi yang nyata. Kehidupan juga ada kalanya mengajar seseorang itu supaya tidak mudah mengeluh dan terus mencuba. Pepatah ada menyatakan, gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Apabila kita jatuh, jangan kita lemah kerana kehidupan ini mengajar kita jangan cepat mengalah. Adakalanya, kehidupan kita ini ibaratkan sebagai seorang pelakon. Kita terpaksa berlakon sebagai watak lain untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang. Sedangkan itu, bukanlah watak sebenar kita. Bukan di setiap saat kehidupan, kita akan memperoleh keceriaan dan keseronokkan. Inilah rencah kehidupan yang sebenarnya. Takdir dan nasib, adakalanya penentu di dalam kehidupan seseorang itu. Tapi yang pastinya, sikap seseorang itulah merupakan eset yang terpenting penentu kehidupannya kelak. Sudah pasti ramai di antara kita yang mahukan kehidupan yang sempurna, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang merasainya. Walau apa pun yang terjadi, kehidupan mesti diteruskan. Tidak kira lah, di saat kita bergembira mahupun di saat kita berduka. Kehidupan itu satu tujuan, bukan mainan :)

Comments

Popular Posts