Kena Terima :'(

Assalamualaikum semua. Hari ini Apis terasa nak post sesuatu je pada blog Apis ini. Cerita kali ini mungkin ada sedih dan gembiranya la. Ermmm, keputusan UPU telah pun keluar, tapi Apis tidak dapat melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA. Jadi, Apis buat keputusan untuk meneruskan pelajaran di Form 6 atau lebih dikenali sebagai Pra University. Tapi kenapa Apis rasa tak semangat nak bersekolah ni :'(




Kenapa Apis macam ini. Seharian Apis fikir kenapa boleh jadi macam ini. Mana perginya semua semangat Apis, mana pergi semangat Apis yang nak berjaya tu, mana perginya semangat Apis nak melihat kedua ibu bapa Apis bahagia, kemana semua itu Apis ? Apis kena cari balik semangat Apis yang hilang itu. Apis seolah-olah dah macam malas nak belajar. Apis terus text kawan Apis, Apis sepatutnya beruntung ada kawan macam awak, Nas Afiqah. Awak banyak bagi Apis harapan. Lagipun, kita dah janji nak belajar rajin-rajin dan cepat-cepat nak habiskan setahun setengah ini kan. Lepas kita habis Form 6 baru kita plan nak masuk IPTA kan hihih, bestnya Apis ada kawan macam awak :D




Yes, Apis mesti WAKE UP. Apis mesti belajar bersungguh-sungguh. Kakak Apis pun banyak membantu untuk menaikkan semangat Apis, akak kata, Form 6 pun bagus, buat elok-elok lepas tu boleh masuk U terus. Kakak suruh ikut jejak langkahnya lepas Form 6 masuk U terus. Ok, Apis akan ikut cakap akak, bermakna lepas ini, Apis tak boleh banyak main-main dah. Tambah-tambah Form 6 sekarang dah lain tak macam dulu, Form 6 sekarang ini ada 3 semesta. Bermakna ada 3 peperiksaan la juga, so Apis kena buat betul-betul. Tak boleh la nak main-main macam dulu dah. Ermm, Safa thankz jugak ye sebab ada bagi semangat dekat Apis. Apis hargai semua ok :D




Thankz pada semua yang dah bagi semangat dekat Apis. Lepas ini, tiada lagi bangun lambat, online sampai lewat pagi, lepak-lepak. Apis kena bermula dengan azam baru. Di mana-mana juga kita boleh berjaya asalkan kita berusaha :)






2 comments:

 
| Copyright-2011 Protected | Infinite |